SUMBANGAN DARUL ANSAR

MADRASAH DARUL ANSAR

INFO SEMASA PEMBINAAN
PERINGKAT 1 : PEMBINAAN BANGUNAN BAGI MENGASINGKAN ASRAMA LELAKI DAN PEREMPUAN
Alhamdulillah,
Pembinaan bangunan bagi mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan berjaya dilakukan hasil daripada sumbangan tuan puan semua. Kini, pelajar tahfiz dapat meneruskan pembelajaran dengan lebih selesa & efektif. Pengajian juga lebih berfokus untuk pelajar lelaki dan perempuan.
Sistem Pencegahan Kebakaran yang bernilai RM 120,000 - Alhamdulillah! Kos ini juga sudah mencukupi dan dalam pembinaan oleh pihak kontraktor. Subhanallah. Sedikit masa lagi akan siap sepenuhnya.
Perbelanjaan (Overhead) bulanan sekitar RM 25,000 - Kos ini pada mulanya agak besar bagi Madrasah Darul Ansar untuk menampung perbelanjaan ini pada setiap bulan. Namun dengan adanya penderma tetap bagi menanggung kos bil elektrik, tajaan makanan dan pembelajaran anak-anak pada setiap bulan, kami dapat terus memberikan yang terbaik buat anak-anak tahfiz di sini.
Anak-anak tahfiz mengucapkan terima kasih
& mendoakan agar kehidupan tuan puan dilimpahkan dengan rezeki yang berkat dan sentiasa berada dalam kesihatan yang baik. Amin.

PERINGKAT 2 : PEMBINAAN SURAU AL-ANSAR LIL-BANAT
Pihak Madrasah sedang mengumpul dana bagi pembinaan Surau Al-Ansar Lil Banat yang bakal digunakan oleh anak-anak tahfiz di sini. Surau ini bakal menempatkan 250 orang pelajar dan bakal menjadi pusat utama keagamaan di madrasah.
Di surau inilah para pelajar akan solat berjemaah bersama, menghafal Al-Quran serta mendengar kuliah dan ilmu agama.
Pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan berbentuk bahan pembinaan seperti pasir, kayu, batu-bata, simen dan plywood
untuk digunakan
. Pihak tuan/puan boleh berhubung dengan pihak madrasah untuk mengetahui keperluan semasa madrasah untuk pembinaan surau ini.
Oleh itu, pihak Madrasah Darul Ansar membuka peluang pahala amal jariah buat saudara saudari semua untuk membantu kami memberi pendidikan yang selesa buat anak-anak tahfiz ini.
TAPAK PEMBINAAN SURAU
PADA 25 JANUARI 2021

PADA 30 APRIL 2021

PADA SEPTEMBER 2021
.jpg)

ANTARA AKTIVITI PELAJAR



Berapa Jumlah Sumbangan Yang Diperlukan?

Anggaran keseluruhan perbelanjaan adalah sebanyak RM300,000.00 yang meliputi kos hutang pembinaan dan kos operasi madrasah.
Berikut adalah pecahan kos yang diperlukan :
-
Hutang pembinaan: RM100,000
- Pengurusan Madrasah : RM200,000
Selebihnya akan digunakan bagi membiayai anak-anak tahfiz yang sedang melanjutkan pengajian di timur tengah seperti Turki dan Afrika Selatan.
Bagaimana anda boleh membantu?
Untuk memudahkan saudara/saudari menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:
SUMBANGAN DANA UTAMA PEMBINAAN SURAU
RM 500
SUMBANGAN DANA PEMBELAJARAN & HAFAZAN
RM 300
SUMBANGAN DANA BIL UTILITI
RM 150
SUMBANGAN DANA UMUM MADRASAH
RM 100
SUMBANGAN DANA MAKANAN PELAJAR TAHFIZ
RM 50
PAKEJ SEIKHLAS HATI
RM 30
SIJIL PENDAFTARAN MADRASAH DAR AL ANSAR

Disclaimer:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billplz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada BILLPLZ SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1.50 caj payment gateway Billplz.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi :
01999816357
(Madrasah Darul Ansar)